

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyasarkan tempoh memproses permohonan pensijilan halal dapat disingkatkan menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Ketua Pengarah Jakim, Sirajuddin Suhaimee, berkata langkah itu bakal direalisasikan melalui pengenalan sistem MyeHALAL 2.0 yang disokong pangkalan data MyHALALINGREDIENTS dalam tempoh beberapa bulan lagi.
“Dengan menggunakan data sedia ada, kita boleh memanfaatkannya melalui teknologi AI. Menerusi MyeHALAL 2.0, sistem itu akan menyemak setiap permohonan yang dihantar berasaskan pangkalan data kita, iaitu MyHALALINGREDIENTS yang bertindak sebagai sistem sokongan,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata, inovasi pendigitalan itu membolehkan proses…