
Kontroversi mengenai buku bertajuk ‘Wanita Syurga’ hasil nukilan personaliti media sosial, Aisyah Hijanah, kini mendapat perhatian serius pihak berkuasa.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kesilapan penulisan melibatkan ayat suci al-Quran dalam karya tersebut, petik Berita Harian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, menegaskan bahawa kerajaan tidak…