
MELAKA: Kajian dan sesi libat urus bagi memperkasakan Akta Orang Asli 1954 sedang giat dilaksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), kata Ketua Pengarahnya Sapiah Mohd Nor.
Beliau berkata pemerkasaan akta berkenaan merangkumi pelbagai perkara termasuk pemilikan tanah, pendaftaran perkahwinan dan kelahiran anak Orang Asli.
“Saya harap masyarakat Orang Asli dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang akan memiliki tanah setaraf atau sama dengan masyarakat perdana yang bergeran (menerusi pemerkasaan akta ini).
“Ia sekali gus dapat memberi masa hadapan yang lebih baik kepada golongan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun ke-74 Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam di Seri…