
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berusaha meningkatkan tenaga kerjanya selain menawarkan gred kerja lebih tinggi bagi meningkatkan perkhidmatannya kepada masyarakat Orang Asli.
Ketua Pengarahnya Sapiah Mohd Nor berkata, kebanyakan pegawai Jakoa adalah Gred 22 iaitu antara yang paling rendah dalam struktur gaji kakitangan awam. Gred 19 adalah yang terendah dalam struktur gaji berkenaan.
Sapiah berkata, Jakoa telah menyerahkan cadangan berhubung penstrukturan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), awal tahun ini.
Kementerian berkaitan juga telah mengambil maklum mengenai keperluan jabatan itu, tetapi meminta Jakoa menyesuaikan cadangan dikemukakan selaras dengan situasi ekonomi kini, katanya.
“Kementerian telah maklum mengenai isu berkaitan kekurangan tenaga kerja dan gred rendah.
“Ini akan…