
Peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak semestinya menutup terus peluang presiden Bersatu itu untuk dipertimbangkan calon perdana menteri menjelang PRU16, kata penganalisis.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, langkah Muhyiddin berundur daripada jawatan tertinggi PN mungkin sebahagian percaturan strategik, khususnya apabila PAS masih belum mengemukakan tokoh benar-benar berkaliber untuk mengetuai gabungan itu.
“Hakikatnya, Muhyiddin tahu PAS tidak mempunyai individu yang boleh diketengahkan sebagai calon perdana menteri setakat ini. Alasan kononnya perlu persetujuan Majlis PN hanya menutup realiti itu,” katanya kepada FMT.
Azmi berkata, perkembangan itu turut dipengaruhi kemelut dalaman PN, termasuk peletakan jawatan beberapa pimpinan utama serta persaingan kepimpinan antara PAS dan Bersatu, yang menurutnya ‘mengacau-bilaukan’ kestabilan…