Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Jalor City FC Ambil Inisiatif Murni Bantu Mangsa Banjir Di Malaysia

today10 January 2022

Background
Jalor City




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pasukan yang beraksi dalam saingan Thai League 3, Jalor City FC menunjukkan keprihatinan terhadap situasi sukar yang dihadapi oleh negara jiran mereka beberapa minggu lalu apabila mengambil inisiatif bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.

Kelab dari Yala, Thailand itu difahamkan sudah melancarkan bidaan terbuka di atas talian bagi membolehkan para penyokong mereka menderma sambil mendapatkan jersi ‘matchworn’ barisan pemain kesebelasan utama pasukan tersebut

Menurut sumber dikeluarkan Pengurus Besar Jalor City FC, Nurainee Auma menerusi entri di laman Facebook rasmi beliau, bidaan tersebut sudah pun bermula dan akan tamat pada 15 Januari ini.

Bidaan permulaan dilaporkan bernilai 600 Baht (kira-kira RM75), manakala untuk kenaikan bidaan pula telah ditetapkan sebanyak 50 Baht.

Jalor City sememangnya amat cakna dengan keadaan banjir di Malaysia apabila sebelum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post