Syarikat Switzerland itu berkata KDN turut merampas jam tangan koleksi bendera pelangi dan kesamaan.

PETALING JAYA: Pengeluar jam Switzerland, Swatch menafikan dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hanya jam dengan huruf “LGBTQ” dirampas di kedai syarikat itu awal bulan ini.
Jurucakap Swatch Malaysia berkata, KDN merampas jam tangan “Pride Collection” dan koleksi lain, lapor New Straits Times.
“Koleksi terbaru memaparkan perkataan: ‘nature, growth, life, passion, healing dan spirit’ sebagai simbol kesamaan.
“Enam daripadanya adalah daripada koleksi baharu 2023 dengan inspirasi warga pelangi, manakala tiga lagi model daripada koleksi sebelum ini,” jurucakap itu dilaporkan sebagai berkata.
Terdahulu hari ini, FMT melaporkan sumber KDN mendakwa pihak berkuasa hanya merampas jam tangan…