Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

James Chai sambung beri keterangan pada SPRM

today29 April 2026

Background


James Chai
James Chai hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya pada 9.45 pagi tadi.
PETALING JAYA:

James Chai, bekas pembantu kepada bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk menyambung memberi keterangan pada hari kedua siasatan.

Chai tiba pada 9.45 pagi untuk bantu siasatan dakwaan salah laku dalam perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan pembuat cip Arm Holdings yang ditandatangani Mac tahun lalu, lapor Bernama.

Semalam, Chai disoal-siasat pegawai SPRM lebih lapan jam selepas pulang dari UK, tempat beliau kini bekerja.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini berkata 12 saksi daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk seorang bekas menteri, telah memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Pegawai lain yang terlibat termasuk pegawai kanan di Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Bukan aksi terbaik JDT – Munoz

Melaka: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menganggap kemenangan 2-1 ke atas Melaka FC (MFC) di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi bukan aksi terbaik yang dipamerkan anak buahnya.

today29 April 2026