Hot FM

Jamuan rakyat, bukan hanya majlis kahwin anak, Nik Abduh perjelas dakwaan salah guna kuasa



Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berterima kasih kepada MPKB dan beberapa pihak lain yang melancarkan majlis keraian dan jamuan rakyat anjurannya di Masjid Tok Guru. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Selepas tular surat yang meminta kemudahan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk majlis perkahwinan anaknya, Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menjelaskan ia sebenarnya turut melibatkan jamuan rakyat di Masjid Tok Guru.

Beliau berkata, ia juga menjadi majlis kesyukuran keluarga besarnya, diketuai bapa saudaranya, Nik Razi Nik Mat yang bersepakat untuk menganjurkannya bersama sejak pemergian bapa mereka, bekas menteri besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, tujuh tahun lalu.

“Selepas kematian ayahanda saya tujuh tahun lepas, inilah julung kalinya keluarga besar kami menganjurkan jamuan rakyat dengan jemputan kepada seluruh masyarakat setempat, terutama rakan taulan dan anak murid kepada ayahanda yang sememangnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version