
BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pihak syarikat dan industri untuk tidak menaikkan harga barang atas alasan kenaikan bil elektrik selepas ketiadaan rebat selain turut dikenakan surcaj.
Beliau berkata perubahan dalam bil elektrik yang perlu dibayar oleh syarikat dan industri selepas ini, difahamkan adalah tidak terlalu besar sehingga membolehkan pihak terlibat mengambil kesempatan untuk berbuat demikian.
“Saya juga telah minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat libat urus dengan syarikat besar terutamanya pihak industri supaya tidak berlaku kenaikan (harga barang),” katanya.
Ismail berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas…