
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah (JPVK) mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap haiwan yang disyaki dijangkiti rabies, susulan penularan penyakit itu di Kubang Pasu.
Ketua Bahagian Kesihatan JPVK, Ummi Sumilah Soraya Mohamad Johar berkata orang ramai, khususnya di kawasan terjejas tidak seharusnya menangkap, memukul atau membunuh haiwan, terutama anjing liar, sebaliknya segera melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata langkah itu penting kerana rabies boleh berjangkit melalui air liur, darah atau gigitan haiwan yang dijangkiti, malah kecederaan kecil juga berisiko menyebabkan jangkitan.
“Susulan kes rabies yang dikesan di Kubang Pasu, JPVK membuka dua bilik gerakan, iaitu…