

Kerajaan persekutuan tidak boleh dianggap perlu menanggung secara automatik kos tambahan projek yang timbul akibat keputusan yang dibuat kerajaan negeri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, sebarang permohonan peruntukan atau pinjaman tambahan daripada kerajaan persekutuan menerusi ‘Notice of Change’ (NOC) perlu dirunding semula, khususnya apabila kos projek meningkat.
“Kerajaan persekutuan tidak boleh terperangkap dengan keputusan (yang dibuat di peringkat) negeri dan kemudian bila ada masalah, automatik harus mendapat dana sama ada peruntukan atau pinjaman (tambahan).
“Sebab itu saya katakan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mesti baik,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
“Sebab itu saya katakan hubungan itu (kerajaan…