Presiden Umno berkata nilai Islam tetap menjadi agenda dalam pentadbiran di samping menghormati kebebasan penganut agama lain.

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi mengingatkan ahli dan penyokong parti itu tidak terlalu apologetik dalam menyuarakan soal keindukan Islam, Melayu dan Bumiputera.
Zahid berkata, sejak Umno menyertai kerajaan perpaduan yang turut melibatkan Pakatan Harapan (PH), nilai Islam tetap menjadi agenda dalam pentadbiran di samping menghormati kebebasan penganut agama lain.
“Saya menyeru kepada seluruh rakan-rakan dalam Umno kita jangan merasa apologetik apabila menyuarakan soal-soal keindukan Islam, Melayu dan Bumiputera, kerana pada masa sama kita tidak pernah meminggirkan hak dan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.
“Malah usaha memperkasa dan menerapkan nilai-nilai Islam tetap menjadi agenda kita di dalam kerajaan hari ini…