
PETALING JAYA: Putrajaya tidak perlu ‘beralasan’ mengenai pertambahan kerusi Parlimen dari Sabah dan ia perlu dilaksanakan segera kerana tuntutan itu selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee, berkata dua perkara perlu dilaksanakan kerajaan persekutuan dalam MA63 iaitu pertama, 40% kutipan cukai di Sabah harus dipulangkan kepada negeri itu.
“Kedua, pembentukan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak mesti menguasai satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi Dewan Rakyat. Dua perkara ini adalah semangat perjanjian Malaysia,” kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah dan naib presiden Bersatu kepada FMT.

“Kalau kerajaan persekutuan kata mereka menghormati kehadiran Sabah dan Sarawak dalam MA63, dua perkara ini harus dilaksanakan tanpa alasan.”
Kelmarin, Ketua Menteri Hajiji Noor berkata sudah…