Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan bergantung pada BN, PBRS perlu kekuatan sendiri, kata Arthur

today10 March 2023

Background


Presidennya Arthur Joseph Kurup berkata PBRS perlu berusaha keras mendapatkan sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup berkata parti itu perlu mengekalkan faktor integriti dan kesetiaan yang diamalkan sejak sekian lama kerana ia adalah perkara penting yang dinilai rakyat dalam memberikan sokongan.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) perlu mencipta kekuatan sendiri dalam usaha mengukuhkan parti selain tidak mahu terlalu bergantung kepada Barisan Nasional (BN), kata presidennya Arthur Joseph Kurup.

Menegaskan PBRS kekal setia bersama BN dan mempunyai semangat setiakawan utuh bersama parti komponen lain, beliau berkata PBRS perlu berusaha keras untuk memastikan ia memiliki sokongan yang kukuh terutama dalam kalangan rakyat di peringkat akar umbi.

“Tiada siapa boleh ramal BN yang menang 30 kerusi parlimen (pada PRU15) juga boleh duduk (menjadi) sebahagian kerajaan… Politik pada masa ini sukar untuk kita ramal dan dengan keadaan politik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post