Presidennya Arthur Joseph Kurup berkata PBRS perlu berusaha keras mendapatkan sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) perlu mencipta kekuatan sendiri dalam usaha mengukuhkan parti selain tidak mahu terlalu bergantung kepada Barisan Nasional (BN), kata presidennya Arthur Joseph Kurup.
Menegaskan PBRS kekal setia bersama BN dan mempunyai semangat setiakawan utuh bersama parti komponen lain, beliau berkata PBRS perlu berusaha keras untuk memastikan ia memiliki sokongan yang kukuh terutama dalam kalangan rakyat di peringkat akar umbi.
“Tiada siapa boleh ramal BN yang menang 30 kerusi parlimen (pada PRU15) juga boleh duduk (menjadi) sebahagian kerajaan… Politik pada masa ini sukar untuk kita ramal dan dengan keadaan politik…
