Hot FM

Jangan boikot PAS, jika tak dicalonkan, kata Sanusi



Sanusi Md Nor meminta ahli dan pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon supaya akur dengan keputusan parti.

ALOR SETAR: Ahli dan pemimpin PAS yang tidak dipilih sebagai calon, diminta akur dengan keputusan itu serta tidak memboikot parti dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Sanusi Md Nor berkata, PAS peringkat kawasan juga dilarang memboikot calon, jika kerusi itu diberi kepada parti rakan.

“Calon-calon pilihan raya, saya nak minta satu saja. Sekiranya orang atau rakan yang kita harapkan jadi calon tidak terpilih atas sebab tertentu, sama ada calon lebih baik atau kawasan kita cadang diberikan kepada rakan politik, dilarang memboikot parti semasa pilihan raya.

“Selepas keputusan dibuat PAS Pusat (berhubung calon), sebarang rombongan untuk mengubah keputusan, melobi, menukarnya diharamkan.

“Untuk maju ke depan sebagai model parti politik terbaik Malaysia, pemimpin dan ahli PAS tidak akan boikot parti, jika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version