Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan buat andaian berkait pegawai ditahan SPRM, kata menteri

today13 April 2023

Background


Menteri sumber manusia berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Dilaporkan pegawai kanan V Sivakumar dan seorang ejen pengambilan pekerja asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasa selepas pegawai dari pejabatnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sivakumar berkata, ketika ini pihaknya tidak akan mengulas lanjut berhubung penahanan itu memandangkan ia masih dalam siasatan SPRM.

“Saya maklum berkenaan penahanan pegawai daripada pejabat saya. Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.

“Saya dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap media tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post