Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan buat provokasi semasa konsert Coldplay, kata polis

today21 November 2023

Background


Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata 75,000 penonton dijangka hadir ke konsert itu, di Stadium Bukit Jalil, esok. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang provokasi semasa atau selepas konsert kumpulan rock “Coldplay: Music Of The Spheres World Tour” yang dijadual berlangsung esok, di Stadium Bukit Jalil.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan pada konsert berkenaan.

Beliau berkata, 75,000 penonton dijangka hadir ke konsert itu dan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin, pemeriksaan badan, beg, dan barangan akan dilakukan di pintu masuk yang dibuka 6 petang oleh polis bagi memastikan tiada barangan terlarang dibawa masuk.

“Pengunjung dilarang membawa masuk mercun, topi keledar, laser, objek tajam, senjata, minuman keras, payung atau tongkat, powerbank dan botol air.

“Pengunjung turut dilarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post