Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Jangan Budayakan Jenaka Lucah!” – Tular Pemberian Hadiah Kahwin Tak Senonoh, Ustazah Asma’ Tampil Beri Teguran

today22 June 2022

Background

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai sekumpulan lelaki yang memberikan hadiah tidak seonoh kepada rakan mereka yang menjadi Raja Sehari.

Memetik laporan Harian Metro, Pendakwah, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa kerana menjatuhkan aib suami isteri, keluarga pengantin dan tetamu yang hadir.

Turut berkongsi pendapat sama, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ mengakui terkejut dan malu dengan tindakan sekumpulan lelaki tersebut.

Tidak berdiam diri, Ustazah Asma’ tampil menegur mereka menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya dengan menegaskan untuk tidak membudayakan jenaka lucah.

“Allahu Akbar. Sebenanrya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu.

“Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapun yang melihat.

“Budaya memberi hadiah di pelamin sekarang menjadi satu trend, namun tak seharusnya diikuti jika tujuan untuk publisiti dan maruah digadai. Berbaloikah?

“Tidak salah ingin memberi, tidak salah ingin bahagiakan kawan ketika jadi raja sehari, tapi bila sampai mencemarkan adab depan orang ramai, bahkan ditontonkan pula secara terbuka di media sosial sebenarnya memang sangat melampau,” tegasnya.

Video yang tular di media sosial itu sehingga kini masih menjadi perbualan netizen yang berang atas tindakan tersebut kerana seakan menjatuhkan imej orang Islam dan tidak menghormati pengantin.

Written by: Salma