Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Jangan Buka Aib Pasangan” – Sharnaaz Ahmad

today9 October 2024

Background

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil menasihati pasangan yang sudah berkahwin untuk tidak membuka aib atau memburukkan satu sama lain selepas berpisah.

Menerusi video siaran langsung, Sharnaaz berkata perkara membuka aib itu tidak seharusnya berlaku kerana akan memberi kesan kepada emosi anak apabila mereka sudah dewasa nanti.

“Jangan buka aib pasangan yang pernah hang sayang. Ingat, orang yang hang marah tu adalah bapa. Kalau Fattah nak bercakap apa-apa pun, itu adalah mak Fatima juga.

“Jadi berhati-hati. Jangan burukkan. Biar macam mana sekalipun, biar anak tu hormat mak ayah dia.

“Anak satu hari nanti akan besar, akan baca dalam Internet apa yang mak dan bapa dia cakap tentang satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, bapa anak satu ini menjelaskan dia tidak mahu masuk campur urusan perceraian bekas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura yang baru sahaja berpisah pada Isnin lalu.

“Aku tak nak komen tentang kesusahan orang. Kalau dah rasa tak boleh hidup sama, baguslah. Bawa hal masing-masing. Ingat, apa yang kita buat hari ni. Tuhan akan tunjuk balik apa yang kita selindung selama ni.

“Tapi Alhamdulillah, masa aku cerai dulu tu aku boleh sabar. Yang penting niat kita, adalah anak. Jangan buka aib orang, kalau Tuhan buka aib hang macam mana,” katanya.

@hfzzud

Jangan bukak aib pasangan – Sharnaaz Ahmad- fattzura

♬ Paling Sempurna – Fattah Amin & Fazura

Sekadar info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak selebriti, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, 7.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Spekulasi Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad Terjawab, Amelia Christie Akui Kini ‘Single’ – “Kena Bagi Tahu…”

Artikel Berkaitan: “Perempuan Lain Tak Apa, Nabila Kau Tak Boleh Cemburu, Marah” – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: Individu Puji Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sebagai ‘Co Parent,’ Tuan Badan Respons – “Mudah Di Mata Orang Luar, Tapi Hakikatnya…”

Written by: Aqilah


Previous post