Hot FM

Jangan dabik dada, Muhyiddin ingatkan Anwar



Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan jauh mendahului parti lawan menunjukkan beliau hanya mementingkan jawatan.

KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim supaya tidak mendabik dada dengan mendakwa gabungan itu jauh mendahului sokongan pengundi berbanding parti lawan menjelang hari mengundi pada 19 Nov ini.

Ini kerana, kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, tempoh berkempen masih berbaki empat hari.

“Dalam keadaan macam ni dia boleh kata begitu, tapi kita ada lima (empat) hari lagi. Dia tak boleh mendabik dada kata ada sokongan besar, saya pun boleh cakap begitu.

“Apapun kita serahkan kepada pengundi untuk buat pertimbangan bijaksana,” katanya selepas ceramah PN di Keramat.

Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata, beliau yakin PH sedang mendahului parti lawan dari segi sokongan pengundi berdasarkan data dan kajian setempat.

Muhyiddin yang bertanding di Parlimen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version