
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggesa Tony Pua tidak mengheret parti lain ke dalam konflik dalaman DAP, selepas melabelkan Ahli Parlimen PKR yang setia kepada Rafizi sebagai ‘pentingkan diri’ kerana enggan mengosongkan kerusi dan menyertai Bersama.
Rafizi berkata serangan bekas Ahli Parlimen Damansara itu mencerminkan pertembungan antara dua kumpulan dalam DAP, lapor Malaysiakini.
Beliau berkata kumpulan minioriti yang dianggotai Pua mahu melihat kerajaan perpaduan tumbang, manakala kumpulan arus perdana parti itu yang dipimpin Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook mahu memastikan kerajaan terus diterajui Pakatan Harapan (PH).
“Dan reaksi DAP tu sangat bertentangan, yang melambangkan pandangan daripada dua kumpulan…