Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan hina, persenda agama atas nama kebebasan bersuara, titah Agong

today29 July 2022

Background



Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah agama bukanlah merupakan satu perkara untuk bergurau senda dan dijadikan bahan jenaka. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya rakyat jangan sesekali memperkecil, menghina dan mempersendakan agama semata-mata atas nama kebebasan bersuara.

Seri Paduka juga menuntut agar kesucian semua agama dipelihara dan dihormati pada setiap masa.

β€œAgama bukanlah merupakan satu perkara untuk bergurau senda dan dijadikan bahan jenaka.

β€œBeta khuatir perbuatan sedemikian bakal menyemarakkan api perkauman dan meruntuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang telah terbina semenjak sekian lama,” titah baginda sempena majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2011M dan majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis turut dihadiri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post