
PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolak desakan pembangkang supaya beliau mempertimbang semula keputusan menggantung Awang Hashim (PN-Pendang) selama 10 hari daripada menghadiri sidang Parlimen.
Beliau menegaskan keputusan itu telah dipertimbang secara mendalam selain beberapa kali memberi peluang kepada Awang membuat permohonan maaf selepas menghinanya menerusi video TikTok pada 18 Jul lalu.
“Saya sudah dengar semua ini, saya perlu ketepikan perbezaan politik, maknanya saya tak main politik.
“Semua dalam dewan ini kawan-kawan saya. Namun begitu saya juga mesti ada pegangan. Sebab itu bila seorang ahli dewan menghina saya, di luar dewan hari itu yang kena eject (arah keluar dewan) yang eject bukan saya, tapi timbalan saya. Bila dia (Awang) kena (arah…