KUANTAN: Himpunan solidariti ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1, petang tadi berlangsung aman tanpa sebarang unsur provokasi.
Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata hampir 100 peserta menyertai perhimpunan itu yang berlangsung kira-kira sejam bermula 5 petang.
“Pemantauan telah dibuat oleh pihak polis dan ia berlangsung dalam keadaan aman tanpa ada sebarang insiden tidak diingini,” katanya.
Peserta perhimpunan pada mulanya dijadualkan berhimpun di pekarangan masjid berkenaan sebelum berarak ke menara Kuantan 188, namun atas faktor keselamatan selepas dinasihatkan pihak polis mereka akur dan hanya berkumpul berhampiran masjid.
Peserta turut kelihatan membawa sepanduk yang tertera antaranya ‘Daulat Tuanku’, ‘Jangan Hina Sultan…