Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Jangan Hutang-Hutang, Tak Berkat” – Sufi Rashid Berang Rakan Penyewa Gara-Gara…

today15 September 2022

Background

Penyanyi Sufi Rashid meluahkan rasa bengang dengan tindakan seorang kenalannya yang bersikap lepas tangan dalam kerja ubah suai ruang kedai yang disewa bersama.

Menerusi Insta Storynya, Sufi berkongsi perbualannya dengan individu tersebut sejak awal September lagi tetapi masih tiada perkembangan.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Implikasi turut berkongsi keadaan kedai yang ditinggalkan dalam keadaan yang kurang menyenangkan

Jelasnya, dia telah menghubungi bos sebuah kafe itu namun tidak diendahkan.

“Saya mesej bos tetapi dia juga mengabaikan mesej saya.

“Orang ada menasihati saya untuk tidak jadi terlalu baik dengan orang. Jadi, ini adalah akibatnya.

“@k************.my adalah contoh terbaik. Ketika mereka mahu sesuatu mereka merayu, tapi bila dah dapat, mereka ludah anda,” luah Sufi.

Walaubagaimanapun, Sufi menegaskan bahawa dia bukanlah orang yang suka memburukkan orang lain tapi bila ia melibatkan periuk nasi isteri saya saya tak akan berdiam diri.

Written by: Aqilah


Previous post