Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di dalam kereta dan memberikan satu pesanan.
Dia memberitahu perkahwinan bukanlah satu perlumbaan atau trend yang perlu diikut oleh kerana orang lain sudah mendirikan rumah tangga.
“Jangan menikah atau kahwin sebab rasa kau makin tua”
“Nikah, kahwin bila kau dah ready, jangan paksa diri kalau tak ready”, jelasnya.
Pesanannya itu ternyata mendapat persetujuan ramai yang menganggap benda sama dan boleh relate dalam hidup mereka.