Hot FM

Jangan lantik orang politik menteri pengajian tinggi, pendidikan lepas PRU16, kata Maszlee



Maszlee Malik (kanan) dalam seminar dasar awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

BANGI: Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menggesa orang politik tidak dilantik sebagai menteri pengajian tinggi dan pendidikan selepas PRU16.

Katanya, jawatan itu seharusnya dilantik dalam kalangan pendidik kerana mereka lebih mengetahui “isi hati” dan hala tuju kementerian berkenaan.

“Jika boleh, menteri pengajian tinggi dan menteri pendidikan kena orang pendidik. Elok bukan orang politik (dilantik menteri pengajian tinggi dan pendidikan) seperti di Indonesia.

“Lantik orang pendidik sebab mereka lebih mengetahui. Bukan lantik orang yang kejar jawatan politik semata-mata,” katanya ketika berucap dalam seminar dasar awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketika ini Menteri Pengajian Tinggi adalah Mohamed Khaled Nordin yang juga naib presiden Umno manakala Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek adalah ketua Wanita PKR.

Maszlee dilantik sebagai menteri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version