Presiden Umno berkata, kemenangan calon pada pemilihan parti nanti bukanlah jaminan mereka akan diletakkan bertanding pada PRN.

SHAH ALAM: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan calon pemilihan parti itu supaya tidak meletakkan harapan untuk menjadi calon pada PRN akan datang.
Katanya kemenangan calon pada pemilihan itu nanti bukan jaminan bagi Umno meletakkan mereka bertanding pada PRN yang dijangka diadakan selepas sambutan Hari Raya nanti, sebaliknya pelbagai ciri lain akan dipertimbangkan bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.
“Di Selangor, insya Allah kita akan berusaha agar dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri selepas PRN, mungkin sebab itu ramai yang tawar diri untuk pelbagai jawatan bagi pemilihan kali ini,” katanya.
Zahid berkata Selangor menghantar jumlah calon tertinggi bagi pemilihan kali ini, iaitu 79 orang akan merebut…