
PETALING JAYA: Seorang veteran Umno berkata, kerjasama parti itu dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) boleh dihidupkan semula jika PAS tidak meletakkan syarat untuk Umno menerima Bersatu dalam gabungan itu.
Yussof Latiff berkata, kerjasama Umno dan PAS melalui MN berakhir disebabkan parti itu meletakkan syarat tidak boleh diterima Umno.
“PAS pun kena muhasabah diri. Kalau dia buat syarat kepada Umno dalam MN, PAS pun kena terima parti Amanah. Jadi, kalau PAS sendiri tidak dapat terima, jangan letak syarat kepada Umno.
“PAS letak syarat yang ‘berat sebelah’ kepada Umno agar terima Bersatu, tetapi mereka sendiri tidak mahu (terima) Amanah. Jadi, mana boleh kita terima syarat berat sebelah ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Amanah, parti serpihan PAS, bekerjasama dengan Umno di bawah kerajaan perpaduan. Dua parti itu berselisih faham walaupun berkongsi…