Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan lihat dari sudut ‘kaca mata korporat’, menteri kewangan II diberitahu

today13 December 2023

Background


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan perlu ada kemahuan politik untuk mengutamakan ekonomi rakyat.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berharap Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat tidak hanya memfokuskan kepada ekonomi, sebaliknya perlu “berjiwa rakyat”.

Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata walaupun dasar yang hendak dilaksanakan mungkin tidak sesuai pada kaca mata seorang “ahli korporat” tetapi Amir Hamzah perlu ada “kemahuan politik” untuk mengutamakan ekonomi rakyat.

“Jangan fokus pada ekonomi negara sahaja. Dengar denyut nadi rakyat. Menteri kewangan perlu berjiwa rakyat. Barulah berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Berpengalaman lebih 27 tahun dalam sektor korporat, Amir Hamzah selepas mengangkat sumpah sebagai Senator semalam berkata beliau komited untuk membantu membangunkan ekonomi negara, sekali gus memastikan Malaysia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post