Save Kuala Lumpur berkata DBKL mesti mengadakan rundingan dengan penduduk dan menangani semua kebimbangan.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa tidak meluluskan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (KLSP2040) sehingga semua proses wajar selesai dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Save Kuala Lumpur (SKL) berkata, perdana menteri dan semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur mesti melaksanakan tugas mereka dalam memastikan pelan itu tidak diwartakan terlalu awal.
“SKL tidak percaya draf KLSP2040 sedia untuk diwartakan kerana pihak berkuasa yang bertanggungjawab belum menangani input dan bantahan yang dikemukakan banyak persatuan penduduk,” kata presiden, M Alihe dalam kenyataan.
Beliau meminta DBKL mengadakan rundingan dengan penduduk dan menangani maklum balas semua pihak secara telus dan sistematik.
Katanya, jika gagal berbuat demikian,…