
PUTRAJAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng tidak menyinggung rakan parti dalam kerajaan perpaduan, susulan kritikannya berhubung himpunan solidariti Najib Razak.
Katanya, zaman Lim memimpin DAP sudah berlalu dan beliau seharusnya memberi kepercayaan kepada pimpinan baharu parti itu.
“Saya tak perlu ulas kerana itu pendapat peribadi beliau. Saya ingat zaman beliau sudah berlalu dan beri kepercayaan kepimpinan DAP yang ada sekarang.
“Jangan nak ‘menyiku’ mana-mana sahabat,” kata timbalan perdana menteri ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Zahid berkata, Umno akan meneruskan himpunan solidariti itu minggu depan seperti dilaporkan media.
Beberapa hari lalu, Guan Eng dilaporkan membidas Umno kerana ‘berganding bahu’ dengan PAS mengadakan perhimpunan…