Site icon Hot FM

Jangan pandang mudah ‘faktor Sanusi’, kata pemimpin DAP


Seorang pemimpin DAP berkata PH dan BN mungkin hilang beberapa kerusi kerana Sanusi Nor memainkan ‘kad mangsa’ selepas beliau didakwa di mahkamah Selasa lalu.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan DAP berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh memandang mudah Sanusi Nor kerana beliau mampu menarik undi daripada kerajaan perpaduan pada PRN bulan depan.

Pemimpin DAP enggan dinamakan itu berkata, insiden baru-baru ini menjadikan “Sanusi hero berbanding orang jahat”.

Katanya, penahanan Sanusi pada 3 pagi, beberapa jam sebelum beliau dijadualkan muncul di mahkamah bagi menghadapi tuduhan hasutan terhadap raja, mungkin tidak baik buat kerajaan perpaduan.

“Sanusi sudah dikritik atas kenyataannya, tetapi penahanannya pada awal pagi menjadikannya hero bagi sesetengah orang.”

Polis berkata, menteri besar Kedah itu ditahan pada 3 pagi kerana mereka mahu memastikan beliau muncul di mahkamah pada hari sama.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, dilaporkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version