Hot FM

Jangan paranoid, bukan semua hal cabar Islam, kata Wan Fayhsal


Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal anggap isu logo kasut keluaran Vern’s tidak jelas dan ‘samar-samar’.

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu membidas sikap orang Islam sering berfikir secara paranoia sehingga ke tahap semua hal dianggap mencabar Islam, susulan isu logo kasut mirip kalimah Allah.

Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata isu dibangkitkan merujuk logo keluaran syarikat tempatan itu dianggap “samar-samar” memberi imej buruk kepada Islam.

“Ini masalah bila ada orang Islam yang tidak memahami prinsip fiqh ‘Amr Ma’ruf wa Nahy ‘an al-Munkar’ (berbuat baik dan mencegah mungkar). Benda mungkar yang nak dicegah itu mestilah jelas dan terang dari segi kesalahan.

“Bukan perkara sama-samar…,” kata Ahli Parlimen Machang itu dalam X.

Beliau berkata, tidak seperti isu stoking tertera kalimah Allah yang jelas mungkar.

“Macam kes stokin tertera kalimah Allah di KK Mart itu jelas munkar, tapi dalam kes kasut jenama Vern’s…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version