
PETALING JAYA: Parti politik tidak dibenarkan memasang bendera parti termasuk berkempen di masjid dan surau, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau yang juga calon PAS bagi Parlimen Pengkalan Chepa, berkata ia bagi memastikan institusi itu terpelihara daripada sebarang aktiviti pilihan raya.
“Pihak berkuasa sudah ada garis panduan sendiri dan saya yakin pihak masjid dan surau tidak terbabit dengan aktiviti pemasangan bendera pasti di premis berkenaan.
“Justeru, saya menyeru supaya semua parti berlawan dengan suasana yang harmoni tanpa membabitkan institusi masjid,” lapor Berita Harian.
Mengulas lanjut Ahmad Marzuk, berkata walaupun setiap individu mempunyai hak memilih, namun menyalahgunakan premis untuk tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan.
“Untuk…