Site icon Hot FM

Jangan pertikai usaha subur ajaran Islam di sekolah, kata pemuda Umno


Dr Akmal Saleh menegaskan sesiapa sahaja mempertikaikan usaha kerajaan menyuburkan ajaran Islam di sekolah perlu berdepan pihaknya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno mengingatkan supaya tiada lagi pihak mempertikaikan usaha menyuburkan ajaran Islam di sekolah menerusi pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata pihaknya menyokong penuh pelaksanaan program itu yang memaksa pelajar bukan Islam mempelajarinya.

“Maka, jangan pertikaikan usaha untuk menyuburkan ilmu agama Islam di dalam sekolah.

“Jika ada yang mempertikaikan, tidak kira kawan mahu pun lawan, berhadapanlah dengan Pemuda Umno dahulu. Noktah,” katanya di Facebook.

Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.

Modul itu akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version