Hot FM

Jangan polemik isu SPM ketika bah, kata kesatuan guru


calon spm
Trak tentera menghantar calon SPM ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di Tumpat, semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta semua pihak tidak mempolemikkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diteruskan ketika musim bencana.

Setiausahanya Fouzi Singon berkata ia bagi mengelakkan murid menduduki peperiksaan terbabit yang menjadi mangsa banjir tidak ditambah beban dan terganggu emosi mereka.

“Semoga semua mangsa banjir di kalangan guru dan murid bersabar serta tenang menghadapi dugaan ini.

“Musibah banjir datang dan pergi, namun perjuangan anak-anak calon SPM harus diteruskan dengan penuh tabah dan semangat juang tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Fouzi, peperiksaan itu tidak boleh ditangguh seperti diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kerana perancangannya telah dibuat lama, selain Kementerian Pendidikan (KPM) juga mempunyai perancangan.

“Perancangan itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version