
Penyanyi dan pelakon Baby Shima tampil memberi kenyataan mengenai dakwaan dirinya mempersendakan agama selepas menyuarakan pendapat mengenai penganjuran konsert di Malaysia.
Artikel Berkaitan: VIDEO] Ustaz Don Kongsi Punca Depresi, Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ – ‘When You Get What You Want ..’

Menurut Baby Shima, dia menafikan sudah menghina agama Islam. Kata Baby Shima, dia menyatakan mana-mana individu tidak perlu datang menonton sekiranya berpendapat konsert adalah haram.
Di mana bab saya menghina agama? Tuduhan bahawa saya menghina agama dan menuduh keluarkan fatwa yang songsang adalah dakwaan yang berniat jahat serta fitnah.
Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert. Saya sebut konsert secara umum, konsert itu sebahagian daripada hiburan.
Konsert Coldplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa, kita adalah masyarakat majmuk. Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita mencapai…