Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Jangan Sebar Spekulasi Tunggu Cerita Sebenar’ – Respon Sharnaaz Ahmad Isu Dakwaan Tumbuk Pengawal Keselamatan

today20 June 2022

Background

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon lelaki yang berusia pertengahan 30-an telah direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di sebuah kondomium di Segambut.

Menurut laporan, pelakon Sharnaaz Ahmad (suspek) telah direman selama tiga hari berhubung kes terbabit telah dibebaskan hari ini dengan jaminan pihak polis.

Sharnaaz Ahmad dalam satu kenyataan mengatakan dirinya telah memberikan kerjasama dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan dan masih menunggu tarikh untuk dakwaan kes di mahkamah.

Tambahnya, dia mengatakan dirinya tidak bodoh untuk bertindak seperti itu dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta tunggu cerita sebenar daripada pihaknya.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak tetapi pengawal keselamatan di kondominium itu tidak membenarkan rakannya itu masuk.

Oleh itu, berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan sehinggalah suspek turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah lalu menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa.

Written by: Mimieyuzi


Previous post