
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Khaled Nordin membidas kenyataan penganalisis politik Wong Chin Huat, dengan berkata ia menyemarakkan api pemisah dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.
Ini susulan dakwaan Wong yang mengatakan ramai rakyat Sabah dan Sarawak mahu agar kedua-dua negeri itu “ditendang keluar” dari Malaysia.
“Really (sungguh)”, kata Wong di Facebook, “then you have got to do what the Singaporeans (PAP) did” (maka anda perlu buat apa yang dibuat oleh rakyat Singapura (PAP), memetik pemisahan negara pulau itu.
Menurutnya, Singapura mahu lebih daripada persekutuan dan ini telah mengancam Umno.
Beliau juga menyarankan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggesa dan menuntut perkara-perkara yang kononnya bersifat Borneo seperti sekularisme, kemajmukan dan…