
KUALA LUMPUR: Bakal jemaah yang berhasrat menunaikan ibadah haji melalui syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim kali ini diminta tidak menyerahkan sebarang wang deposit selagi belum mendapat surat tawaran tunai haji.
Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana, setakat ini TH masih menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun ini daripada pihak berkuasa Arab Saudi.
“TH menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah waspada kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pelantikan 22 syarikat pelancongan tempatan untuk…