
PETALING JAYA: Kurangkan serang peribadi lawan dan fokus yakinkan rakyat berhubung dasar kerajaan perpaduan, boleh menjadi ‘pemberat’ buat Pakatan Harapan (PH) merampas semula DUN Sungai Bakap pada PRK, kata penganalisis politik.
Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata gabungan berkenaan berpeluang menawan semula kerusi pernah dimenanginya sejak 2008 sebelum dirampas Perikatan Nasional (PN) pada PRN Ogos lalu.
Menurutnya, pengundi di DUN bawah Parlimen Nibong Tebal itu perlu ditawarkan perkhidmatan wakil rakyat selari pentadbiran baik di peringkat Putrajaya dan Pulau Pinang, iaitu kerajaan perpaduan.
Nibong Tebal juga dikuasai PH menerusi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, selain Jawi, manakala Sungai Acheh dimenangi sekutu kerajaan perpaduan, Barisan Nasional (BN).
“Perlu ‘pertaruhkan’ isu prestasi kerajaan…