
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh perlu waspada kenyataan mempersoalkan pengampunan diraja Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 2018, dibimbangi tidak menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abd Halim, berkata kerajaan Madani tidak mengamalkan politik dendam atas pertembungan lampau dan mengambil maklum kerajaan gabungan pelbagai parti mempunyai “kepentingan” masing-masing.
“Mahkamah Rayuan pada 2021 juga pernah membatalkan satu saman mempertikaikan pengampunan diraja yang dikurniakan kepada Anwar Ibrahim. Hal ini telah diputuskan secara tuntas melalui keputusan mahkamah, sewaktu Anwar dan (Pakatan) Harapan berada di blok pembangkang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pengurniaan pengampunan bukan keputusan dibuat sewenang-wenangnya…