Ingat jasa semua ahli dan bekas ahli kepada Umno dan jangan perkecilkan mereka, kata Ketua Pemuda Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno diseru supaya tidak menyerang ahli-ahli parti yang tidak bersama dengan arus semasa dalam parti, malahan terhadap bekas ahli juga.
Ketua Pemuda Akmal Saleh mengingatkan perwakilan bahawa Umno tidak boleh bertelagah dan berpecah pada ketika ia harus merapatkan barisan.
“Jangan kita sindir-sindir ahli kita yang di ‘luar’, jangan perkecilkan mereka…mereka juga mempunyai jasa kepada parti; jangan sindir bekas ahli, mereka ada jasa kepada kita,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno bagi sayap itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
“Saya percaya ramai sayangkan Umno – yang jauh kita rapatkan, yang terguris kita pujuk. Umno tak mampu untuk berpecah dan bertelagah.”
Akmal berkata PRU15 menunjukkan jenama ‘Umno’…