Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Jangan Tinggal Isteri Di Rumah Mentua Tanpa Rela”

today17 October 2018

Background


Tolonglah kaum lelaki kalau rasa hendak kahwin, tanyalah pada diri mampu atau tidak sekurang-kurangnya sewa bilik untuk tinggal bersama isteri. Jika tidak mampu, tolonglah jangan kahwin. Tangguh sahajalah hasrat itu dahulu. Puasa banyak-banyak.

Juga, kepada para suami, usahlah pentingkan diri sendiri. Anda memanglah selesa tinggal di rumah keluarga, ‘ditimang, dimanja’ tapi fikirkanlah perasaan dan hak isteri juga.

Dia tidak dilahirkan oleh ibu yang sama, membesar dalam keluarga yang sama, nilai yang sama bahkan cara bercakap yang sama. Ada keluarga cakap dalam loghat utara, isteri berasal dari pantai timur, ambil masa lama untuk memahami setiap perkara. Ada orang, memang sudah terbiasa cakap dalam keadaan menjerit sentiasa sedang isterinya datang dari keluarga yang rumahnya lebih senyap daripada perpustakaan negara.

Rumah, tempat tinggal adalah nafkah, kewajipan untuk isteri dan anak-anak. Tidak perlu mewah, atau cantik, yang penting dipersetujui bersama oleh suami isteri….

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ashiqin Rosselly


Previous post

Hang Omar Timor

Cuti

Cuti panjang haritu, siapa yang enjoy gila? Sep sikit! Rasa macam nak cuti je esok kan? Kalau still tak boleh nak move on, apa kata korang baca komik digital Hang Omar Timor nih!

today17 October 2018