Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan tolak tawaran anak ke MRSM, Asyraf beritahu keluarga miskin

today14 January 2025

Background


asyraf wajdi dusuki
Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki tidak mahu ada pelajar ditawar ke MRSM cicir hanya kerana keluarga miskin dan berdepan kekangan wang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mara beri jaminan memudahkan kemasukan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kata Pengerusi Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, beliau tidak mahu tawaran belajar ditolak atas alasan kemiskinan kerana tidak cukup wang.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta semua 57 institusi pendidikan MRSM memudahkan kemasukan 8,909 pelajar ditawarkan tempat ke tingkatan satu dan empat.

“Jangan jadikan alasan kemiskinan dan kekangan kewangan untuk menolak tawaran MRSM. Insya-Allah saya dah minta Mara dan semua 57 MRSM bantu,” katanya di Facebook.

Tahun ini, Mara menerima 93,635 permohonan bagi kemasukan ke tingkatan satu dan empat.

Daripada jumlah itu, 7,229 pelajar ditempatkan bagi kemasukan tingkatan satu, manakala 1,680 pelajar bagi tingkatan empat.

Semalam, Asyraf Wajdi berkata Mara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post