
PETALING JAYA: Jangan sesekali menjadikan agama alat tunggangan menghalalkan niat dan matlamat, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Baginda mahu masjid kekal tempat yang aman dan selamat bagi semua tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.
Ketika bertitah pada Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Kuantan, Al-Sultan Abdullah memberikan peringatan tegas kepada semua pemegang tauliah mengajar di negeri itu tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik.
“Pada hari ini juga saya ingin memberikan peringatan tegas kepada semua pemegang tauliah mengajar di Pahang agar tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik, masjid seharusnya menjadi tempat penyatuan dan perpaduan umat Islam, bukan ruang untuk menyebarkan kebencian atau fitnah,” titahnya…