
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran keras untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang menggunakan kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam.
Amaran itu dikeluarkan selepas satu video tular memaparkan tiga individu menaiki skuter elektrik di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin berhampiran Bachang di Melaka, lapor Bernama.
“Perbuatan berkenaan melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada individu terlibat, tetapi juga pengguna jalan raya lain,” kata Timbalan Pengarah JPJ Melaka, Khairul Aswad Abdul Halim.
Khairul berkata menurut peruntukan di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana individu yang menggunakan kenderaan tidak dibenarkan di atas jalan awam boleh disabitkan…